Friday, 25 November 2011

Sedikit cebisan hati :)

"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya.   Banyak duka mengaburkan akal.  Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal"
Madah di atas memberi semangat , buat apa bersedih untuk orang yg sedang bergembira disebabkan kita :) Patutnya kita pun gembira macam dorang gembira kan kawan2 ? :)  buat apa  bersedih untuk kawan2 yang khianati kita , dan buat apa menangis kehilangan kawan macam dorang. Biarkan dorang hidup dengan airmata yg mengalir dari mata kita, pasrah dan redha. Kita hanya manusia biasa, dan tidak layak utk menghukum sesiapa pun, biarlah Yang di atas sana memberi balasan kepada orang seperti mereka. Mungkin hari ini utk kita menangis , mungkin tidak utk hari2 yang akan mendatang, Insya Allah :) 

" Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.   Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun.  Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan "

Memang betul, utk memulakan perhubungan sebagai kawan mengambil masa yg lama. Untuk kita mengenali, utk kita rapat, dan utk kita sesuaikan diri sebagai kawan memang payah, tapi.. kenapa kita sebagai manusia, tak pernah terfikir semua tu bila kita bergaduh di antara satu sama lain, kenapa kita hanya fikirkan jalan mudah. Dan jalan mudah tersebut adalah dengan memutuskan perhubungan, mendiamkan diri, dan macam2 cara lagi yg kawan2  lain buat, kenapa perlu buat macam tu ? 

Kalau kita gaduh, janganlah kita diamkan diri saje, kita kenalah ambil inisiatif sendiri utk berbaik, dan jangan lah menuggu daripada pihak lagi satu utk kita berbaik. Masing2 ada mulut, jadi gunakanlah anugerah Allah sebaik yg mungkin. Mungkin berkomunikasi merupakan jalan yg terbaik utk kita berbaik-baik di antara satu sama lain. Apabila kita memulakan bicara dgn orang tersebut, mungkin ia dapat menyejukkan hati kawan tersebut. Dan mungkin juga dgn berkomunikasi, kita dapat meluahkan segala yg terpendan di hati. Tak mustahil, di dalam persahabatan tiada yg terasa. Kita bukan malaikat, semuanya sempurna ! oh no, okay ! kita manusia biasa je, tak lari dari buat salah :) so, kita kena sedar fakta tu.

Kini aku sedar, kawan mana betul2 sahabat, dan kawan mana "MUSUH DI DLM SELIMUT". Selalunya, kawan yg akrab dgn kita lah dlm diam2 gunting di dalam lipatan. Jangan terlampau mempercayai kawan , sebab lama kelamaan akan makan diri masing2 , bukan makan dari luar je, makan dari dalam juga, dan makan dari dalam tu yg menyakitkan hati, luka berbasi, tak ada siapa yg tahu. 

Bersyukur kepada Illahi, memberi petunjuk awal di dalam dunia persahabatan. Disebabkan ujian ini, dapat membezakan yg mana satu permata di dalam beribu-ribu permata :) Thanks Allah, iloveyou !!

Wednesday, 2 November 2011

Menanti esok hari ;)

Aku berangan-angan sambil minum milo ais :) rasa teruja bila fikirkan esok, hehe ! tak sabar rasanya aku nak tunggu esok, tapi esok macam2 benda kena fikir, dengan presentation mini projek marketing research , dgn test BI, haiyyaaa ! rasa tak best lah , nak balik mcm ni kena fikir mcm2 pula :( Esok kena present subjek yg aku tak pernah faham , haha ! tup, tup, tup, kena present dah, kena duduk depan kelas, cakap tentang apa yang aku tak pernah tahu pun, haha ! tapi buat2 tahu je depan lecture , hihi ! kita kena buat pandai depan org ( chewwwahh) Aku harap esok aku boleh buat lah presentation dgn baik n success nyaaaaaa :) wish me luck ye kawan2.. petang tu pula ada test BI, aku tak study apa pun sekarang, duk kira hafal nak present esok, tapi sempat kot nak study BI, sebab habis kelas awal esok, insya allah dapat cover apa yg aku tak study lagi :)

Tak susah pun nak ucap Terima Kasih :)

Susah ke kita nak ucap terima kasih kepada org lain ? kadang2 kita tak sedar, org di sekeliling kita sedang membantu kita, apa2 hal pun, sebagai manusia, kita kenalah ringan2kanlah mulut nak ucap terima kasih, bukan susah pun, dua patah perkataan je, bukan beratus ribu ribu pun :) kalau sebut benda merepek2 boleh pula, sebut terima kasih pun tak maw, ego betul orang tu ;) hari ni, aku adalah tolong hamba allah, aku tolong ambikkan markah2 kuiz, orang2 tersebut tidak datang, aku dgn ikhlas hati tolong lah, sebab lecture suruh wakilkan, so aku dgn ringan tulangnya, tanpa fikir apa2 masalah antara kami, aku pun pi lah ambek, jadi aku simpankanlah, lepas tu, aku bagi dorang, aku cakap ' korang, ni kertas BI korang, ambek lah" then daripada banyak2 orang tu, hanya sorang je yg ucap "terima kasih".. aku just senyum dan berlalu je, aku nak kata apa lagi, dah orang tak hargai apa kita buat, nak kata terima kasih pun susah, apa punya sifatlah kan.. Tu lah aku ni, lembut hati sangat kat orang yg tak pernah kenang budi, tak pernah hargai kita sebagai kawan, sabar jelah Cik bidadari senyum , apa2 hal pun kena senyumm je :) sabar tu kan separuh dari iman.. thankas kawan2 yg berat mulut tuh, hihi

Tuesday, 1 November 2011

~~ TERTUNAI ~~

Hari ni kelas aku tak ada, tapi ada kuiz yg terakhir bagi subjek Distribution Channel :) so, nak tak nak , kenalah datang jugak :) aku dah siap2 nak ke kelas, aku mesej2 lah dgn Izwan, 


saya : abg, nak mam mac'd  :(
izwan: jgn lah sedih,b , hehe !
saya : nak mac'd, laparrr... huhu !
izwan: balik kelas, kita pi b..

Aku macam tak percaya je, yg izwan nak pi makan Mac'D, haha ! yelah, selalunya aku ajak, mana ada dia nak pi, dia kan tak suka makan benda2 mcm ni :) then aku cakap lah kalau pi, dia kena makan sekali, dia cakap dia just teman aku makan je :( sedihh taww , hehe ! tapi bila pi je, dia pun order sekali, tu pun aku yg pilihkan dia :) tapi tak apa, asalkan dia makan jugak  :) aku pilihkan dia GCB , aku tanya dia sedap tak, then dia kata " boleh lah " haha ! btw, 

Btw, thanks kepada Izwan ( my love ) kerana sudi teman saya makan hari ni :) tercapai juga saya nak makan Mac'D , dah lama tau mengidam, kecian saya kan kan :) sayang awak erat-erat, cinta awak padat-padat , suka awak ketat-ketat :) hehe ! mmuaaaahhhhxxx ;D

Sunday, 30 October 2011

Excited nak balik rumah..

Lagi 3 hari lagi, aku nak balik KL, cuti sempena raya haji :) dah lama tak balik sejak masuk sem5 ni, aku tak pernah lagi balik rumah kat KL, yelah, busy je kan , hehe ! masa raya hari tu pun balik beraya kat kampung je kat Perak n kedah :) rasa rindu gilerr kat rumah sana.. kat rumah dapat tengok Astro ( untuk kite je ) haha ! tak sabar nak jumpa mak, n family yg lain, nak peluk mak !! aku rasa kalau aku balik sana nanti, mesti aku tak maww balik sini dah , hehe ! yelah, duduk sini pun buat tekanan jiwa je :) lepas raya haji nanti, dah final, aku dah  laa xprepare apa2 pun :) otaiiinya saya ye, heehe ! ingat nak balik naik bus khamis nanti, tapi ayah kata suruh balik naik motor dia tu :) haha ! gilaaalahh, dah lah motor tu besar, sakit badan je rasa :) ayah saja je lah tu tak maww bagi duit beli tiket bus, hahaaha ! ( jimat duit katakan ) . 

Buat mak tersayang : Tunggu kepulangan yatie ye :) yatie rinduu sangat kat mak , dah lama yatie tak tengok mak senyum, membebel, marah,  haha ! :) yatie nak peluk dakap mak erat2, i reallyyyyyyyy misssss you so muchh !! mmmuahhhh <3

Sahabat Sejati

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

 

pilihlah sahabat berdasarkan yg mempunyai sifat seperti di bawah :
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



Mencintai dalam diam :)

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimmah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
Pesanan Bidadari senyum : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu… :)

Rindu Kawan-kawan :)

Sekarang ni baru aku tahu nilai persahabatan yg sebenar, aku rasa kawan2 yg ada sekarang , takde nilainya, semua tu hanya utk kepentingan masing2 je, diaorang hnya pentingkan diri , tanpa fikirkan hal org lain, semua kawan2 kat sini, hidup dlm kepura-puraan ;) tambahan pula, semua bertalam-talam muka.. tak sangka masih ada org mcm tuh dlm berkawan.. mengata sana sini, mcm diri tu bagus sangat ! baru aku tahu sekarang ni kawan yg dulu kawan dgn aku, mereka adalah kawan makan kawan tanpa kita sedar, memerlukan masa susah, masa senang, dibiarkan macam tu je, tiada perikemanusiaan langsung ;) Masa bergaduh dgn kawan2 kat sini, mesti aku teringat kawan2 kat sekolah menengah, rindu sgt time dulu2, kami hapy sangat, tipu sangatlah kalau aku cakap, kami tak pernah gaduh, tapi gaduh kami tak lah sampai lama2, kami still ingat kawan2 kami, takde macam2 kawan aku kat sini, gaduh ckit, canang merata-rata, semua nak tunjuk diri baik , walhal kelabu asap! aku rindu sangat2 kat amilda, nadia, baya, opie, yantie, faizzamir :) aku tak tahu gambarkan mcm mana aku rindu dorang , dulu kalau apa2 hal dorang lah pujuk aku, aku cari dorang :) aku rindu dorang, dorang baik sangat2, apa2hal kami sentiasa bersama-sama..dulu dlm kelas kami hanya ada 3org je laki, jadi aku memang rapat giler dgn zamir, yg bestnya kami main mcm budak2 punya permainan , haha ! kelakar je :D zamir pun join sekali, happy je dulu, kat sana, aku takde pun masalah dgn kawan2 mcm kat sini, kat sini, kepala otak aku serabut fikir kawan2 yg tak pernah fikir org lain , hurmm , maybe ni adalah ketentuan Illahi utk aku , aku redha je :) sekarang tiap malam aku nenges, aku rindu kenangan dgn kawan2 lama aku, aku nak peluk dorang, aku nak cerita semua masalah aku , aku nak lepaskan semuanya utk dorang :)

Jangan tinggalkan saya di sini :(

Tak lama lagi, izwan habis belajar dah, tinggal lagi berapa puluh hari je lagi , pejam celik, pejam celik, dah tiba waktu tuh :) then dia akan tinggal aku sorang2 kat kedah ni, bosannyaaaa hidup tanpa dia kat sini, aku just harapkan dia jelah apa2 hal, harap kawan, memang tak lah !! mesti sampai saat tu aku akan nanges kaw2 lah, aku tak maww izwan pi jauh dari aku :( nanti tak ada siapa nak tengok wayang dgn aku, nak karaoke dgn aku ;'( yg paling aku sedih, tak ada siapa yg teman aku saat aku perlukan seseorang di sisi :( aku perlukan izwan di sisi.. kenapa semua org yg aku sayang, mesti akan pergi jauh dari pandangan aku :( aku nak izwan still kat sisi aku, walaupun kami jarang keluar, tapi dia tetap berada di sini, tapi nanti, dia nak pi jauh dari pandangan mata aku.. aku tak tahu mintak tolong siapa2 nanti, siapa nak tolong teman aku pi sini, pi sana.. selama ni, semua aku dgn dia, kalau dia tak ada, aku takde tempat nak bergantung..
says kepada si dia : abang, jgn lah tinggalkan saya, saya tak ada teman kat sini, nanti saya takde teman nak makan, teman nak ketawa, teman nak mengacau.. saya terasa sekarang saat awak dah takde kat sisi saya nanti :( saya perlukan awak ..saya tak boleh belajar hidup tanpa awak..

~ TRIP TO PENANG ~


HAHA !

Kacang Lupakan Kulit :)

mesti korang pernah dengar kan peribahasa kacang lupakan kulit ? aku ada kawan mcm pepatah tu.. apa perasaan korang ,apa yg korang buat utk kawan tu, tak dihargai, malah dia terus lupakan kita, sebab masalah yg kecik je :) masing2 ada salah silap, kalau dah mintak maaf, kita kena ambil inisiatif utk berbaik, dan pulihkan keadaan, apa salahnya org lain pula mengalah.. jgn lah asyik sebelah pihak je nak mengalah, tak adil kan, so sebagai kawan , yg dah lama kenal, kita kenalah terima kawan kita seadanya, sebab tak semua sempurna sifatnya, setiap makluk allah ciptakan pasti ada kekurangan dan kelebihan yg tersendiri :) Aku tak kata aku betul, mahupun salah, tapi kita kena lah sedar apa salah kita, jgnlah ada sifat nak menang dlm diri.. kawan aku "N" dia adalah seorang yg boleh dikategorikan pendiam, tak byk ckp, dia akan byk ckp dgn org yg dia da lama kenal, tapi aku tak sgka dlm diam2 dia, dia lah makan dalam sgt bg aku, dia lah kawan bermuka-muka, dah lah ngata kawan lain, then sekarang, dia berkawan baik dgn kawan yg dia mengata tu, tak malu ke jd org mcm tu, haha ! dulu masa pratikal, duduk rumah aku, mak ayah dia amanah kan suruh jaga anak dia, mak n family aku yg lain dah anggap dia mcm ahli keluarga kami, layan dia baik, aku rasa tak ada yg kurang, mak aku pun tak pernah nak suruh dia buat apa2, dia dilayan mcm permaisuri :) maklumlah tetamu, dlm islam pun kita diajar cara melayan tetamu..  bila dah habis pratikal, mak ayah dia langsung tak ucapkan terima kasih kat mak ayah aku, aku tak tahu pun, mak ayah aku tak bagitahu aku, takot aku gaduh pula dgn si "N" tuh :) baru2 ni masa gaduh dgn dia, baru mak aku bagitahu, mana tak nya, seperti kata pepatah, anak borek, anak rintik kan, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi :) dah mak ayah dia tak ucap terima kasih, tak musatahil anak dia sekarang berperangai mcm tu dgn aku, tak ingat apa yg aku dah buat kat dia, aku bukan nk mintk jasa, tapi kenanglah, kita dah duduk sama2, tahu perangai masing, tolenrasi lah, bukan susah, mentang2 kau ada geng kat sini, kau senang2 je lupakan aku, dulu naik motor dgn aku, tp sekarang dgn org lain dah, yelah, ramai kat sini bawak motor, dulu gaduh2 pun still naik dgn aku, nampak sgt dah dari situ mcm mana dia dgn aku.. sekarang org lain yg tak terlibat, terlibat sama, sebab sokong dia dan sebab mulut tempayan ( I***) tu jugklah aku gaduh dgn majoriti budak rumah sewa aku, haihh !! susahnya ada kawan hati busuk mcm dorang.. sekarang aku diam je, tapi kalau tengok muka si "N" tu aku menyampah dah, sebab dia mak aku menangis, tak kenang budi mak ayah aku langsung ! muka je nampak suci, tapi hati, waallahulam ! terima kasih kepada "N" kerana buat mcm ni , aku tak mintak balasan apa2, biarlah allah yg tentukan , thanks again, :)

Terima Kasih Nur Mahira Majmee & Amilda Feebriyani :)

mahira majmee :)
Terima kasih, Nur Mahira Majmee ( mahi ), dan Amilda Feebriyani ( amiel ) yg banyak bagi nasihat, dorongan.. kalau wan tak ada kawan mcm korang, wan rasa wan akan down berhadapan dgn pelbagai situasi yg tak dijangkakan :) Wan tak tahu nak gambarkan perasaan wan sekarang, wan rasa wan kehilangan org2 disekeliling wan, wan rasa wan hilang kawan kat sini, wan rasa wan ni tak guna ! walhal, wan dah banyak fikir org, tapi org tetap lupakan kita, betul kata mak wan, kawan ni jgn rapat sgt, bila dah rapat, dia lah yg makan kita hidup2, talam dgn kita berkali-kali, wan tak sangka dapat kawan mcm tuh :( kenapa wan tak dapat kawan mcm korang , urmm.. !! korang pun tahu kan perangai wan mcm mana, wan sedih lahh.. wan kalau tak fikir mak ayah, n family yg lain, wan tak maww belajar lagi, wan nak stop je sampai sini, tapi bila kita fikir balik, buat apa jadi bodoh sebab kawan mcm tu, kawan mcm tu, bersepah kat tengah jalan :) sekarang hidup wan pergi mana2 semua sorang2, ada kawan lain juga, tapi wan tak rapat, korang tahu kan, wan kalau rapat dgn seseorang atau kumpulan tu, kumpulan tu jelah wan kawan, yg lain kawan mcm tu je, tu lah, silap wan, wan kena kawan je semua, tak payah kawan dgn kelompok tu je, sekarang wan yg makan hati, wan yg makan dalam, wan yg sakit hati ! mcm mana wan nak hadapi semua ni, wan tak suka duduk sini !!!

Keluar bersama si dia :)


Kalau ada masa free je , aku akan kelaur dgn izwan :) Kalau boleh, nak hari2 keluar, kalau hari2 keluar, pokai kami dua , hehe ! kalau kamu keluar, kami pi tengok wayang, karaoke, jalan2 , makan2, dan mcm2 lagi lah , hehe ! kalau tengok wayang, kami suka cerita yg aksi, seram, kelakar :) asalkan yg best2 lahh , kalau tak, rugi oouhh !! :) Aku ingat lagi dulu, masa mula2 kawan dgn izwan, dia tak suka menyanyi, tak suka karaoke, sejak dia kenal aku lah, dia suka karaoke, haha ! kadang2 aku tak nak karaoke, dia pula yg nak karaoke, haha ! kelakar je rasa bila ingat balik , hehe ! kalau karaoke dgn dia, lagu wajib kami nynyi mcm lagu Memori Berkasih :) lagu ni mesti ada punya, haha ! tak tahu kenapa , tak de kaitan pun sebenarnya :) kalau keluar makan dgn izwan, kena makan nasi, dia tak suka makan benda2 lain , haha ! kalau aku ajak makan Mac'D , dia tak mau, alasan dia, dia tak minat , kalau nak makan, lambat sikitlah , haihh !! kesian aku, kalau kempunan pun kena pi sendiri lah, dah org tu tak maww teman kita , hehe ! kita redha jelah ( pasrah jap ). Baru2 hari tu, kami makan Pizza Hut, aku order spaghetti, n set pizza lengkap punya, then dia makan2 , dia kata tak sedap, haha ! bagi aku, makanan fast food lah sedap, tapi beza pula dgn laki aku ni :) aku suka tengok masa dia tengah makan pizza, mimik muka dia comeii :)

Friday, 28 October 2011

KRISIS MELANDA

Dugaan terus menimpa tanpa henti, kadang2 terfikir apa lahh salah aku.. hmm, aku kadang2 dah muak dengan sikap yg penting diri masing.. aku ni jenis fikir org , banyak fikir orang dari fikir diri sendiri, susah betul ! Dulu masa kawan dgn dorang ( xpayah mention nama lah ) semua aku fikir dorang, pi mana2 semua dgn dorang, ajak dorang, semua dorang, tapi bila gaduh, ada masalah sikit, semua lupakan aku ! semua tuh sekelip mata je berlaku.. Yg xterlibat pun dah terlibat, semua nk berpuak-puak..aku rasa mcm kehilangan kawan2 yg aku rapat, disebabkan org lain punya pasal.. Perkara yg terjadi sebenarnya kecik punya hal, tp kami xde komunikasi, benda ni jadi besar, dan terus besar.. aku dah banyak kali mengalah, apa salahnya dorang pula mengalah, tapi sama je, maybe sebeb dorang ramai, aku sorang, tu dorang ego..Aku dah try berbaik-baik, tp keadaan sama juga, semua org tau nak salahkan aku je, nampak salah aku, tapi salah dorang, dorang xpernah analisis pula, tau tuding jari kat org je.. Kalau nk ungkit dari A-Z pun xhabis, semua kawan bermuka-muka, org tu kata org ni, org ni kata org tu, tapi still berbaik juga, kalau aku ni nak lagakan dorang, senang je, tapi aku malas je, buat apa jadi org yg mcm KAWAN MAKAN KAWAN tu, baik aku diamkan diri dari dorang, kalau diam , xbyk dosa mulut :) biarlah aku mengalah utk dorang.. kalau mengalah, banyak manfaatnya, mengalah bukan bererti kalah, tapi biarkanlah benda ni terus berlalu, aku just nak jauhkan diri daripada dorang, kalau boleh, aku nak MATI dari hidup dorang..

KAWAN MAKAN KAWAN !

Dengar perkataan kawan makan kawan, mesti korang rasa geram kan kalau ada kawan mcm tu dgn korang.. mcm tu lah aku rasa sekarang, kawan yg xley harap n xley dipercayai lgsung ! kalau rupa xcntek , hati cntek kan molek , ni tak, harap je ada rupa, tp hati busuk ! Kawan mcm tu, kalau xde pun xpew, aku pun xheran da, menyakitkan hati je.. Tapi xpew, selagi aku sabar, aku akan terus bersabar.. :) nak tahu kenapa kawan makan kawan ? aku rasa dia ni takot hilang kawan2 yg ada disekeliling dia, sebab tu lah dia cakap bukan2 tntg aku, aku xtahu sejauhmana fakta yg dia cakap dgn kawan yg lain, tp aku biarkan dia terus brcakap, dan bercakap.. mulut manusia ni kita xley tutup.. Aku tau yg lain dah tau perangai dia mcm mana, tapi still sama, mybe sebab aku ada masalah dgn dorang then dorang ada je nak cari key point salahkan aku.. semua tu hanya dunia semata-mata.. Aku mcm mimpi je yg kawan makan kawan tu canang tntg aku, mybe dia xrasa takot kot aku bgtahu apa yg dia cakap juga kat kawan2 dia yg lain tu :) Aku bukan jenis batu api yg nak lagakan org lain, sory ye kpd KAWAN MAKAN KAWAN tersebut :) sekarang ni mungkin hari awak, esok lusa, siapa yg tahu.. setiap perbuatan, pasti ada balasan, kita tunggu jelah.. Tq KAWAN MAKAN KAWAN !!

My Beloved Friends

nard
nad, opie n baya
yantie
Amiel
Masa sekolah lagi, aku memang suka sgt berkawan, dgn sape2 pun xkisah.. org kata kawan biar seribu, bercinta biar satu :) Masa kat sekolah , aku rapat dgn beberapa org kawan, nama dia Amilda Feebriyani, Nadia, Opie, Azyan, Baya, Yantie, Faizzamair, Atikah Farhana ( Gebu ), Farra, dan lain-lagi. Tapi orang yg aku sebut tulah yg paling aku rapat sangat masa kat sekolah dulu :) Rindu sgt kat dorang, sekarang ni masing2 busy dgn study masing2, nak jumpa pun ntah bila lah.. Aku selalu juga kelaur dgn azyan ( yan ), keluar karaoke sama2, kami dua ni mmg kaki karaoke , haha ! sampai terkeluar anak tekak bila duk melalak dgn yan ni, haha ! masa kat kelas dulu, aku rapat gila dgn amilda ( amiel ), sebab hanya dia je tahu aku macam mana, dia jelah faham aku ni.. :) dia juga selalu nasihat aku mcm2, sebab aku ni seorang yg sgt2 rendah diri time sekolah dulu, haha ! so, dia xsuka aku cakap yg bukan2 tntg aku, dia selalu bg kata2 semangat lah kat aku ni :) apa saje yg aku ada, aku akan kongsi dgn dia sahaja.yg kelakarnya dulu, kami suka kat budak laki yg sama , mmg hampeh je rasa masa tuh, hahaha ! tapi aku xkisah pun kalau dia suka ( cheewaahh ) rela mengalah utk kawan sendiri, asalkan dia bahagia, hehe ! ( baiknya aku ) masa kitaorg gaduh, lagi kelakar, dua2 diam, then dia bagi surat, haha ! aku simpan lagi surat yg dia bagi kat aku.. sweet kan kami :) sekarang ni dia dah kerja, aku pula masih lagi belajar, masing2 busy, ingat nak jumpa pun , xjumpa2 lagi :( kalau boleh, aku nk dia je ada kat sisi aku, sebab dia lah sahabat yg betul memahami aku, aku rindu sgt2 kawan2 sekolah dulu, harap kita dapat jumpa suatu hari nanti :)